Tuesday, March 17, 2009

Tugasan Minggu ke-2

Minggu ini pelajar-pelajar akan menyanyikan dua lagu secara medley. Menarik idea ini. (transformasi lagi..) Di bawah ini senarai lagu-lagu tugasan untuk pelajar AF7.

PELAJAR LELAKI


YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)- Menangislah Anuar Zain bila dengar Yazid nyanyi lagunya ini.. Susah lagu ni. Mampukah Yazid..
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)- Bagus..Startegi AF7 untuk samakan Si Poyo ini dengan Adam.
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)- Aiyoo.. Lagu MUH. Terabur lah pitching si Qhaud nanti..
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)- Aduhh.. lagu-lagu ini akan membuatkan Sidi terkeluar untuk konsert ke dua ini..
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)- Kalau lagu senang ni kau bawa hancur jugak Obri, tak taulah nak cakap apa..
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)- Wadda? Aznil? Gila hape.. Janganlah Hafiz nampak bodoh dan hodoh dengan lagu tu..
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)- Harap Akim akan buat konsert ke dua hangat dan menarik dengan persembahannya.

PELAJAR WANITA

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)- Pasti Rubisa tensen nak bawak lagu kak Ziana ni..
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)- Nampaknya AF7 cuba menghilangkan identiti Dayang Nurfaizah pada Claudia..
ADILA – Merawat Cinta Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)- Hahah.. Ada kemungkinan minah ni tersingkir..
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)- Menarik.. Faizal Tahir versi perempuan. Harapnya menjadi..
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)- Zizi pasti boleh!
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)- Kena sound dengan Cikgu Ida semalam. Sebab control cun/macho. Kesian Rini.. All the best to yu.. Please jangan over sangat dekat diari. Orang meluat..
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)- Kakak kita ini dapat lagu catchy. Harapnya dia tidak pancit..


Begitulah tugasan untuk pelajar-pelajar minggu ini. Harapnya mereka dapat buat yang lagi baik dari minggu lepas. Kami mahu transformasi!

1 comment: