Monday, March 30, 2009

Penyingkiran minggu ke 3

Kredit Gambar: OhBulan

Seperti yang dijangkakan pasti ada dua pelajar yang tersingkir. Yang agak terkilan ,pelajar yang tersingkir adalah pelajar yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Lihat sahaja perbezaan persembahan mereka untuk 2 konsert yang lalu dengan konsert yang ke 3 ini. Memang dari sudut vokal, banyak lagi kelemahan tapi cubalah lihat dari sudut keseluruhan persembahan. Ada peningkatan. Tapi apakan daya, jari menjadi juri. Penonton mahukan yang terbaik. Jadi terpaksalah peminat Rini dan Obri akur dengan penyingkiran ini. Semoga mereka lebih maju selepas ini. Oh yer. minggu ni Adlin banyak betul menghentamkan.Yang dah ok, dia tetap kata tak ok. Pengkritik lain kata ok, dia pula kata tak ok. Kasihan budak-budak tu..
Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang jatuh pada Isma.Isma memang layak mendapat anugerah tersebut kerana peningkatan prestasinya.Dengan titlenya seorang ibu dia memang matang dengan sifat keibuan yang sangat ketara bila dia sanggup membantu mana-mana pelajar yang sedang stress, membantu menjadi backup vokal, mendengar cikgu mengajar dengan bersungguh-sungguh. Dia memang komited. Yerlah.. dia pun yang paling senior, takkan nak main-main dan terkinja-kinjakan. Malu sahaja kat anak-nak yang tengok kat rumah. Mungkin atas sebab itu Isma mendapat undian yang tertinggi. Walaupun dari segi vokal, Isma belum mampu lagi menandingi kehebatan vokal Hafiz kan..
Oklah. Tak sabar nak tahu lagu tugasan mereka untuk konsert ke -4. Apa transformasinya lagi yer.. Mahu lihat Akim mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang untuk konsert ke-4. Agak-agak mampu tak dia?

2 comments:

  1. nmpaknyer ur wish dah dimakbulkan..
    akim dapat pelajar cemerlang...
    yay!!

    ReplyDelete