Thursday, March 26, 2009

Kisah Rina Rini


KUALA LUMPUR, 26 MAC 2009:
Dunia selebriti Malaysia sudah memiliki pasangan kembar seperti Ekin & Ain serta bintang bola sepak, Aidil Zafuan & Aidil Zakuan serta pelakon baru, Diana & Lina Johor.

Dan sejak adanya AF7, sudah ada satu lagi pasangan kembar iaitu Rini dan adik kembarnya, Rina. Mereka berdua turut ke uji bakat tetapi Rina tidak bernasib baik. Nyata mereka berdua sama cantik dan berbakat. Difahamkan, suara Rini atau Zuzafrini Zulkifli lebih besar dan serak manakala Rina pula lebih lembut.

Namun ketika ini Rini agak teruk menjadi mangsa kritikan ramai peminat berikutan isu hangat yang timbul dalam Diari AF7. Sebagai adik, Rina, juga kurang selesa dengan apa yang terjadi dan cuba mempertahankan kakaknya.

"Sebelum ini kami berdua memang sangat rapat. Kami tidak pernah berenggang dan apabila itu terjadi, Rini akan mudah tersentuh dan tertekan. Mungkin dia rindukan saya. Selalunya segala masalah kami akan kongsi bersama.

"Bagi saya, Rini jenis yang suka berterus-terang. Dia juga tidak suka cakap belakang-belakang. Kalau nak tahu, perangai kami memang aktif dan agresif tapi sebagai perempuan, hati kami tetap lembut dan mudah tersentuh," jelas Rina kepada murai.com.my.

"Sebenarnya sebelum masuk akademi, Rini sudah bertunang. Tapi saya tak bolehlah cakap lebih-lebih tentang tunangnya itu. Saya hanya boleh cakap tunangnya bekerja dalam jabatan kerajaan," kata Rina.

Betul ke Rini dan Rina pernah ditipu pengurus artis?

"Oh, tentang masalah itu, kalau boleh saya sebenarnya tidak mahu cakap banyak. Apa yang boleh saya cakap, 4 tahun lepas, kami sudah tandatangan kontrak dan menyiapkan sebuah album. Kami mahu tampil sebagai artis duo.

"Tapi, apa boleh buat. Tak ada rezeki kami untuk keluarkan album itu. Mungkin keadaan masa itu tidak sesuai. Tunggu punya tunggu kontrak kami pun habis macam gitu saja. Akhirnya kami berdua pun pergi uji bakat AF7," terangnya.

Mengulas lanjut kes ini, Rina tidak pula mengatakan nama syarikat rakaman tersebut. Difahamkan album mereka yang telah siap itu memuatkan 9 lagu baru ciptaan komposer popular seperti Aidit Alfian, A Samad, Tam Spider serta lirik karya Arwah Loloq. Selain itu, sebuah lagu dicipta dari komposer Indonesia bertajuk Mungkinkah Ada.

"Saya tidak mahu komen lebih panjang. Cuma saya harap, saya akan dapat menyanyi lagi bersama Rini. Biarkan kami tonjol bakat bersama. Kami juga bukan merajuk. Apa yang diharapkan dulu tidak menjadi. Tapi kami tak salahkan syarikat rakaman itu," jelasnya panjang lebar.

Berbalik cerita Rini yang menjadi pelajar AF7, Rina berharap pihak penerbitan memberikan Rini lagu yang lebih berentak rock kerana itu sebenarnya jiwa Rini yang selalu jamming dengan rakan-rakannya.

"Sekarang saya selalu tengok perkembangan Rini. Saya juga selalu Afundi Rini sebab saya mahu dia berjaya mengejar impiannya. Yang penting, sekarang saya telah diambil bekerja dan menggantikan tempat kerja Rini di bahagian pemasaran di sebuah bank," kata Rina.


Mana satu Rina? Mana satu Rini?
Rasanya yang muka lembut sedikit itu Rina kan?

Dah bertunang rupanya si Rini ni. Patutlah nampak dua bentuk cincin di jarinya. Cincin belah rotan dan cincin ada berlian tak silap. Moga-moga berkekalan hingga ke jinjan pelamin ya.. Jangan bila dah glamer tunang dilupakan seperti salah seorang juara AF yang lalu. (oopps..)
Untung kembar ya. Bila seorang masuk AF, yang lagi seorang gantikan kerja. Muka pun dah sama. Takdelah pening-pening bos nak cari pekerja baru..

Kredit berita & gambar: MURAI.COM

p/s: kenapa Rini kata dia anak sulung ya. Tak silap dia ada abang nama Zuzafrullah. Ada siapa-siapa tahu kenapa?

2 comments: