Tuesday, March 31, 2009

Tugasan Minggu Ke- 4

Maaf lambat sikit updet.. Penulis leka menonton konsert AF7 yang berulang-ulang di Astro Ria dan @15 lah..
Okay. Tugasan untuk minggu ke 4 ini adalah tribute kepada 2 ikon atau superstar terkenal Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza dan Amy Seacrh (I Loooikke).
Pelajar-pelajar wanita akan membawa lagu Amy manakala pelajar-pelajar lelaki akan membawa lagu Siti Nurhaliza. menarik kan? Tak sabar nak tonton diari malam ni. Bagaimanalah gelagat mereka bila berlatih dengan lagu masing-masing. Pilihan lagu pun nampaknya agak sukar. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memberi komitmen yang sepenuhnya pada tugasan mereka. Pasti peminat-peminat mahu lihat ada pelajar lain mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang untuk minggu ke-4. Asyik Hafiz sahaja yang lakukan terbaik, yang lain-lain tak nak buat yang terbaik ke? Bukanlah menidakkan bakat Hafiz,Hafiz memang hebat tapi pasti penonton mahu lihat pelajar lain membuat persembahan yang outstanding juga.. Supaya AF7 dilihat betul-betul melahirkan artis-artis yang berbakat.. Daripada 14, takkanlah Hafiz sorang jer yang terbaik kan..Untuk itu pelajar lain tu pleaselah bangun dari mimpi.. Berusahalah dengan tekun lagi. Janganlah banyak main dan poyo!

p/s: Meluat tengok ada seorang pelajar yang lagaknya seperti ketua.. Seperti mahukan perhatian. Persembahan pun yang ado ajer..

Senarai lagu untuk tugasan minggu ke- 4

PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
ISMA – Kerja Gila

PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta
YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu

LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).

Monday, March 30, 2009

Penyingkiran minggu ke 3

Kredit Gambar: OhBulan

Seperti yang dijangkakan pasti ada dua pelajar yang tersingkir. Yang agak terkilan ,pelajar yang tersingkir adalah pelajar yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Lihat sahaja perbezaan persembahan mereka untuk 2 konsert yang lalu dengan konsert yang ke 3 ini. Memang dari sudut vokal, banyak lagi kelemahan tapi cubalah lihat dari sudut keseluruhan persembahan. Ada peningkatan. Tapi apakan daya, jari menjadi juri. Penonton mahukan yang terbaik. Jadi terpaksalah peminat Rini dan Obri akur dengan penyingkiran ini. Semoga mereka lebih maju selepas ini. Oh yer. minggu ni Adlin banyak betul menghentamkan.Yang dah ok, dia tetap kata tak ok. Pengkritik lain kata ok, dia pula kata tak ok. Kasihan budak-budak tu..
Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang jatuh pada Isma.Isma memang layak mendapat anugerah tersebut kerana peningkatan prestasinya.Dengan titlenya seorang ibu dia memang matang dengan sifat keibuan yang sangat ketara bila dia sanggup membantu mana-mana pelajar yang sedang stress, membantu menjadi backup vokal, mendengar cikgu mengajar dengan bersungguh-sungguh. Dia memang komited. Yerlah.. dia pun yang paling senior, takkan nak main-main dan terkinja-kinjakan. Malu sahaja kat anak-nak yang tengok kat rumah. Mungkin atas sebab itu Isma mendapat undian yang tertinggi. Walaupun dari segi vokal, Isma belum mampu lagi menandingi kehebatan vokal Hafiz kan..
Oklah. Tak sabar nak tahu lagu tugasan mereka untuk konsert ke -4. Apa transformasinya lagi yer.. Mahu lihat Akim mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang untuk konsert ke-4. Agak-agak mampu tak dia?

Thursday, March 26, 2009

Kisah Rina Rini


KUALA LUMPUR, 26 MAC 2009:
Dunia selebriti Malaysia sudah memiliki pasangan kembar seperti Ekin & Ain serta bintang bola sepak, Aidil Zafuan & Aidil Zakuan serta pelakon baru, Diana & Lina Johor.

Dan sejak adanya AF7, sudah ada satu lagi pasangan kembar iaitu Rini dan adik kembarnya, Rina. Mereka berdua turut ke uji bakat tetapi Rina tidak bernasib baik. Nyata mereka berdua sama cantik dan berbakat. Difahamkan, suara Rini atau Zuzafrini Zulkifli lebih besar dan serak manakala Rina pula lebih lembut.

Namun ketika ini Rini agak teruk menjadi mangsa kritikan ramai peminat berikutan isu hangat yang timbul dalam Diari AF7. Sebagai adik, Rina, juga kurang selesa dengan apa yang terjadi dan cuba mempertahankan kakaknya.

"Sebelum ini kami berdua memang sangat rapat. Kami tidak pernah berenggang dan apabila itu terjadi, Rini akan mudah tersentuh dan tertekan. Mungkin dia rindukan saya. Selalunya segala masalah kami akan kongsi bersama.

"Bagi saya, Rini jenis yang suka berterus-terang. Dia juga tidak suka cakap belakang-belakang. Kalau nak tahu, perangai kami memang aktif dan agresif tapi sebagai perempuan, hati kami tetap lembut dan mudah tersentuh," jelas Rina kepada murai.com.my.

"Sebenarnya sebelum masuk akademi, Rini sudah bertunang. Tapi saya tak bolehlah cakap lebih-lebih tentang tunangnya itu. Saya hanya boleh cakap tunangnya bekerja dalam jabatan kerajaan," kata Rina.

Betul ke Rini dan Rina pernah ditipu pengurus artis?

"Oh, tentang masalah itu, kalau boleh saya sebenarnya tidak mahu cakap banyak. Apa yang boleh saya cakap, 4 tahun lepas, kami sudah tandatangan kontrak dan menyiapkan sebuah album. Kami mahu tampil sebagai artis duo.

"Tapi, apa boleh buat. Tak ada rezeki kami untuk keluarkan album itu. Mungkin keadaan masa itu tidak sesuai. Tunggu punya tunggu kontrak kami pun habis macam gitu saja. Akhirnya kami berdua pun pergi uji bakat AF7," terangnya.

Mengulas lanjut kes ini, Rina tidak pula mengatakan nama syarikat rakaman tersebut. Difahamkan album mereka yang telah siap itu memuatkan 9 lagu baru ciptaan komposer popular seperti Aidit Alfian, A Samad, Tam Spider serta lirik karya Arwah Loloq. Selain itu, sebuah lagu dicipta dari komposer Indonesia bertajuk Mungkinkah Ada.

"Saya tidak mahu komen lebih panjang. Cuma saya harap, saya akan dapat menyanyi lagi bersama Rini. Biarkan kami tonjol bakat bersama. Kami juga bukan merajuk. Apa yang diharapkan dulu tidak menjadi. Tapi kami tak salahkan syarikat rakaman itu," jelasnya panjang lebar.

Berbalik cerita Rini yang menjadi pelajar AF7, Rina berharap pihak penerbitan memberikan Rini lagu yang lebih berentak rock kerana itu sebenarnya jiwa Rini yang selalu jamming dengan rakan-rakannya.

"Sekarang saya selalu tengok perkembangan Rini. Saya juga selalu Afundi Rini sebab saya mahu dia berjaya mengejar impiannya. Yang penting, sekarang saya telah diambil bekerja dan menggantikan tempat kerja Rini di bahagian pemasaran di sebuah bank," kata Rina.


Mana satu Rina? Mana satu Rini?
Rasanya yang muka lembut sedikit itu Rina kan?

Dah bertunang rupanya si Rini ni. Patutlah nampak dua bentuk cincin di jarinya. Cincin belah rotan dan cincin ada berlian tak silap. Moga-moga berkekalan hingga ke jinjan pelamin ya.. Jangan bila dah glamer tunang dilupakan seperti salah seorang juara AF yang lalu. (oopps..)
Untung kembar ya. Bila seorang masuk AF, yang lagi seorang gantikan kerja. Muka pun dah sama. Takdelah pening-pening bos nak cari pekerja baru..

Kredit berita & gambar: MURAI.COM

p/s: kenapa Rini kata dia anak sulung ya. Tak silap dia ada abang nama Zuzafrullah. Ada siapa-siapa tahu kenapa?

Wednesday, March 25, 2009

Lantak..Cikgu Marah.. Tak tahu..



Cikgu Aris marah pelajar-pelajar kerana tidak serius dan banyak membuang masa.
Kalau tengok di dalam diari pun, memang nampak mereka ni banyak main. Banyak 'mengulor'. Pantang ada masa terluang pasti ada yang lepak-lepak di sofa, bercakap-cakap ngan kamera..(gila glamer kan). Bukannya nak berlatih bersungguh-sunguh. Masa dahlah singkat.
Bila dah kena marah dengan cikgu barulah nak tersentap semua... Bilalah Prinsipal nak mengamuk pulak yer...

Tuesday, March 24, 2009

Tugasan Minggu ke- 3

Setelah diuji dengan lagu-lagu medley minggu lepas, minggu ini pelajar akan diuji dengan lagu-lagu retro. Menarik! Pasti ada yang berambut afro kan. Di bawah ini senarai lagu-lagu tugasan untuk mereka...

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka CInta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Best-best semua lagunya.. Diharapkan semua pelajar dapat buat yang terbaik. Please lah.. Kami mahu lihat yang terbaik sahaja. Kami mahu transformasi lagi!
Oh yer. Undian Kakak Isma kita makin lama makin tinggi sedangkan persembahannya biasa-biasa jer.. Jadi peringatan untuk semua peminat -peminat AF7 jangan lupa mengundi pelajar yang terbaik. Takkan nak tengok pelajar yang tak berapa bagus menangkannn...

Sunday, March 22, 2009

Konsert AF7 Minggu Kedua



Entri ini untuk HAFIZ


Konsert minggu kedua amat menarik bukan..
Majoriti pelajar-pelajar membuat persembahan menarik.
Terutamanya Hafiz. Hafiz sesungguhnya nampak begitu jujur dan dia tahu apa tujuan dia berada di Akademi.
Kesungguhannya dapat kita lihat di dalam Diari lagi. Hafiz begitu tekun. Sehinggakan jika cikgu sedang menegur cara nyanyian pelajar lain, dia masih tetap setia mendengar. Walaupun teguran itu bukan ditujukan untuk dia. Tidak seperti pelajar yang lain(korang tau lah sape...) yang bajet bagus.. Yang bajet dia lah macho.. Yang bajet dialah ketua. Yang bajet dia paling hensem. Tapi bila masa konsert hancussss..
Kejujuran dan kesungguhan Hafiz selama dua minggu ini dapat dilihat hasilnya dalam konsert. Dia memberi 200% untuk persembahannya. Lagu Toyol bukanlah 'makanan' dia, tapi dia persembahkan lagu itu seperti lagu itu lagunya sendiri. Dan lagi satu, cuba anda lihat wajah Hafiz ketika mendengar kritikan dari pengkritik. Sangat innocent ok. Bersungguh-sungguh dia mendengar walaupun pengkritik-pengkritik melambung-lambung memberi pujian.
Bukanlah sekadar nak puji-puji kosong si Hafiz ni, tapi inilah kebenarannya..

Pelajar lain?
Oklah.. Semua ada peningkatan kecuali Yazid rasanya.. Kasihan dia. Diharap dia masih lagi berpeluang untuk membuktikan yang dia boleh menyanyi. . Dan tolong jangan beri lagu yang bukan-bukan untuk dia.
Penyingkiran Adila bukan kerana dia tidak berbakat. Tetapi rasanya sebab peminat-peminat AF memang tak boleh terima dia. Dia pernah ada 2 album sebelum ini dan tidak mendapat sambutan (dia nyanyi lagu apa pun, tidaklah saya tahu..). Dan kini popularitinya meningkat naik dengan bantuan AF, tetapi masih tidak juga tidak boleh diterima. Jadi kesimpulannya.. Adila perlu lakukan transformasi besar-besaran jika ingin terus berada di industri nyanyian. Okayyy..

Thursday, March 19, 2009

Konflik Si Ratu Hingus

Hah.. Dah mula dah.. mula dah gaduh-gaduh..
Si polan tak puas hati dengan si polan. Macam-macam kan..
Kena kutuk dengan kawan-kawan menangislah dia tersesak-esak.. Terus dapat title Ratu Hingus!
Baru dengar kawan kutuk. Belum dengar wartawan kutuk, belum dengar peminat-peminat yang menyampah kat @15 tu kan.. Kalaulah dia dengar agaknya mahu tanam diri dalam tanah hidup-hidup. Kalau tak tahan dik, janganlah gatal-gatal sangat duk bergaul dengan budak lelaki tu..
Budak-budak lelaki tu kau sepak-sepak. Bila budak-budak tu kutuk, MELELEH!! Padahal niat mereka nak bergurau jer..
Kalau tak tahan dik, janganlah sibuk-sibuk nak jadi bintang AF7. Beribu orang lagi kat luar sana nak berada di tempat awak tu..Haih..
Begitulah gelagat budak-budak AF7 ni. Ada yang gurau kasar. Ada yang selamba. Ada yang kaki leleh. Ada yang over. Ada yang cool jer. Ada yang kelakar. Ada yang poyo. Ada yang bersemangat. Macam-macam lagilah...
Nasihat pada mereka ini, tak perlulah nak besar-besarkan hal kecil. Tumpukanlah sepenuhnya pada tujuan masuk AF7 dan fokuslah pada pembelajaran. Toksah ler nak gedik-gedik.. Meluat kami ni tengok kan..

p/s: tengok Kak Mah Gali hoskan diari lagi best dari tengok bebudak tu duk nangis-nangis. Poyo!

Tuesday, March 17, 2009

Tugasan Minggu ke-2

Minggu ini pelajar-pelajar akan menyanyikan dua lagu secara medley. Menarik idea ini. (transformasi lagi..) Di bawah ini senarai lagu-lagu tugasan untuk pelajar AF7.

PELAJAR LELAKI


YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)- Menangislah Anuar Zain bila dengar Yazid nyanyi lagunya ini.. Susah lagu ni. Mampukah Yazid..
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)- Bagus..Startegi AF7 untuk samakan Si Poyo ini dengan Adam.
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)- Aiyoo.. Lagu MUH. Terabur lah pitching si Qhaud nanti..
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)- Aduhh.. lagu-lagu ini akan membuatkan Sidi terkeluar untuk konsert ke dua ini..
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)- Kalau lagu senang ni kau bawa hancur jugak Obri, tak taulah nak cakap apa..
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)- Wadda? Aznil? Gila hape.. Janganlah Hafiz nampak bodoh dan hodoh dengan lagu tu..
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)- Harap Akim akan buat konsert ke dua hangat dan menarik dengan persembahannya.

PELAJAR WANITA

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)- Pasti Rubisa tensen nak bawak lagu kak Ziana ni..
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)- Nampaknya AF7 cuba menghilangkan identiti Dayang Nurfaizah pada Claudia..
ADILA – Merawat Cinta Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)- Hahah.. Ada kemungkinan minah ni tersingkir..
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)- Menarik.. Faizal Tahir versi perempuan. Harapnya menjadi..
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)- Zizi pasti boleh!
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)- Kena sound dengan Cikgu Ida semalam. Sebab control cun/macho. Kesian Rini.. All the best to yu.. Please jangan over sangat dekat diari. Orang meluat..
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)- Kakak kita ini dapat lagu catchy. Harapnya dia tidak pancit..


Begitulah tugasan untuk pelajar-pelajar minggu ini. Harapnya mereka dapat buat yang lagi baik dari minggu lepas. Kami mahu transformasi!

Monday, March 16, 2009

Gosip- gosip

Hah.. Suka kan gosip-gosip ni..
Cuba baca blog Kakak Azwan kita ni.

Anda rasa siapakah yang dimaksudkan oleh Azwan ini?

"SMS si RATU KUCHING ni berbunyi....' MAK HAYAM .....dedah kan SEGERA tau....KISAH SEORANG USTAZAH MERAUNG RAUNG........MENGENANGKAN ANAK MURIDNYA....YANG BEGITU KUAT PEGANGAN AGAMA NYA......SANGGUP CAMPAK TUDUNG DEMI NAK GLAMOR DALAM PROGRAM REALITI **** ! USTAZAH NI AMAT KESAL....ILMU AKHIRAT YANG DI AJARNYA TAHUN DEMI TAHUN SEJAK BUDAK REALITI NI KECIL.....SAMPAI TAMAT SEKOLAH MENENGAH.....HANYA LAH SIA SIA !!!! DEMI PROGRAM **** DIA SANGGUP CAMPAK TUDUNGNYA !!!! BUKAN KAH PROGRAM REALITI ***** MEMBENARKAN CALON CALONNYA PAKAI TUDUNG????? APA NAK JADI???? USTAZAH TAK SANGKA ......ANAK MURID BELUM APA APA DAH MULA LUPA DIRI !!!!! '"
"BUDAK SEKOR NI TAK UBAH MACAM AMY MASTURA.......KECIK KECIK TAPI KUAT **T** !!! DAN DIA NI MAK HAYAM.....BUKAN LAH ANAK ORANG KAYA PUN.....FAMILI SEDERHANA JER TAU !!!! "

Hah.. Siapa? Siapa? Teka. Teka...

P/S: baguslah lah dia bukak tudung.. dari pakai tudung tapi masih bersalam-salam dengan lelaki, masih bertepuk bertampar dengan lelaki, masih boleh gosok-gosok peha lelaki( konon-konon nak pujuk) baiklah tak payahhh dik nunnn...

Sunday, March 15, 2009

Konsert AF7 Minggu Pertama


Seperti yang dijangka, TIADA PENYINGKIRAN. Ini mungkin mahu memberi peluang lagi pada pelajar-pelajar. Yerlah.. minggu pertamakan. Semuanya nampak gugup dan kekok. Secara keseluruhan, persembahan Hafiz adalah yang terbaik dari 13 peserta yang lain. Peserta-peserta lain nampak OK-OK sahaja. Obri hancur! Dah kata dah.. lagu tu berat.. P.Ramlee lagi tu..Tapi kenapa yer cikgu-cikgu hanya membiarkan sahaja pelajar-pelajar memilih lagu yang silap? Takkanlah mereka tak nampak semua tu. Alih-alih pelajar juga disalahkan.. Jika cikgu-cikgu tak betulkan, pelajar pasti fikir mereka telah membuat pemilihan yang tepat kan..

Ramai tertanya-tanya, apakah transformasinya? Adalah beberapa transformasi yang nampak jelas, pentas yang dikecilkan, pelajar-pelajar tiada tagline yang annoying dan semalam pelajar-pelajar tidak menari lagu Menuju Puncak! Dan transformasi yang berlaku di akademi, seperti pemakaian kasut di dalam akademi, pelajar-pelajar diberi meja sendiri dan sebagainya.. Prinsipal Tiara nampaknya juga mahu AF7 kelihatan profesional dan tidak terlalu santai. Supaya pelajar tahu pertandingan ini adalah sesuatu yang serius dan bukan tempat istirehat.. Kita tunggu sahaja konsert seterusnya. Anda rasa siapa yang tersingkir minggu hadapan..?
SIDI!

Saturday, March 14, 2009

Transformasi

Ini barulah transformasi..

Dulu:



Sekarang:



Mampukah konsert pertama malam ini melakukan transformasi? Anda rasa siapa akan lebih menyerlah? Kita tunggu.. Malam ini jam 9 malam dia Astro Ria (104). I cant wait to see Akim. ;)

Friday, March 13, 2009

Rindu. Ah. Ah.

Demam rindu sudah bermula. Rindu anak.. Rindu isteri.
Tertanya juga, mereka ini tidak pernah terfikir ke akan mengalami situasi begini ketika di akademi sebelum pergi ke ujibakat? Janganlah tunjuk sangat sikap tidak profesional itu. Sepatutnya berusaha dengan lebih gigih dan ketepikan perasaan rindu itu sebentar.
Bukanlah tak boleh rindu langsung. Tapi bila waktu berlatih, berlatih bersungguh-sungguh.
Bukannya duduk keseorangan. Berdiam diri.. (meminta perhatian mungkin?)
Sepatutnya anak dan isteri/suami menjadi penguat semangat bukan peluntur semangat.
Anak isteri/suami dirumah pasti tidak mahu melihat tangisan dan kesedihan itu..
Jadi cikgu please, jangan dilayan rindu dendam mereka itu.. Kata nak lakukan transformasi kann.. Penonton pun dah muak dengan isu rindu, sakit, cinta.. (eeww)


Cikgu favourite.
Kacak. Tinggi. Sasa.
Jelas begitu serasi dengan pelajar. Wajahnya ada mirip si Zahfrul yang berlakon dalam Spa Q tu yer..

Thursday, March 12, 2009

Relevan kah?




Topik ini mungkin ketinggalan. Tapi relevankah ceramah agama di dalam Akademi Fantasia ini?
Menurut beberapa pendapat, rancangan ini sudah jelas di larang dalam Islam kerana bukan muhrim bercampur-gaul, majoritinya tidak menutup aurat, yang perempuan terkinja-kinja. Tapi, kelihatan seperti ceramah ini 'menghalalkan' AF pula..

Wednesday, March 11, 2009

Cinta Gedik Bermula

Mereka di atas ini dikatakan punyai bunga-bunga cinta. Oh Please.. Tiada isu lain ke nak dibangkitkan di AF ni.. Isu cinta isu basi. Penonton mual dan muak serta meloyakan seperti Mila-Ebi, Nana-Burn, Yazer-Ikin dsb.. Boring ok.
Penonton mahu lihat bakat dan kesungguhan bukannya aksi-aksi cinta yang menjengkelkan.

Dalam diari AF semalam, Rini nampak bersungguh berlatih tetapi bila dengar suaranya, memang biasa-biasa saja. Tiada keistimewaan pun.. Patutlah dia tidak lepas untuk masuk OIAM3..
Hafiz pula dilihat sangat bersungguh-sungguh dan punyai suara yang unik. Manakala Akim banyak mengacau rakan-rakan lain berlatih. Kalau persembahan tak bagus pada konsert nanti, tunggu jerlah kena hentam dengan juri dan peminat-peminat AF..
Oh yer. Ada satu pesanan untuk Rini, potonglah rambut tu sikit.. besar sangat sangul tu. Nampak mengganggu dan tidak kemaslah dik..

Satu Transformasi Akan Berlaku

Akademi Fantasia kembali dengan musim yang ke 7.
Transformasi akan berlaku (kononnya). Adakah benar?
Buat julung kalinya diketuai oleh seorang wanita iaitu Tiara Jacquelina.
Beliau, yang kita sedia maklum punyai pengalaman luas dalam seni persembahan pentas. Mampukah beliau?
Adakah AF kali ini sama dengan yang sebelum-sebelumnya?
Masihkah ada 'drama-drama' yang meloyakan?
Tangisan pura-pura dari si Drama Queen?
Kejutan yang tidak begitu mengejutkan?
Atau lawak-lawak bodoh dari AC Mizal si bapa-yang-tak-nak-bayar-nafkah-anak?
Kita tunggu sahaja konsert pertama pada 14 March 2009 jam 9 malam...
Bagi yang belum kenal siapa pelajar-pelajar dan lagu yang mereka akan bawa untuk konsert pertama, rujuk ini:

ADILA
Artis yang tak beberapa laku ini berjaya membolos AF7 kerana bakatnya. Datang dari JB berusia 23 tahun. Beria mewar-warkan yang tunangnya itu kerabat diraja. Sekali tu kantoi.. rupanya bukan kerabat. Malu seh. Akan menyanyikan lagu Di Bawah Pohon Asmara (Jac).

AISHAH
Pelajar lepasan SPM dari Kuching yang dilihat banyak main dalam Diari AF episod pertama. Lagu yang akan dibawa, Dan Sebenarnya (Yuna). Nampak mengada-ngada bila tak hafal lirik. Sedangkan lagu itu adalah wishlist dia (Haih budak.. kau tau beribu2 orang nak masuk AF? Kau boleh pula main-main).

CLAUDIA
Ibu kepada seorang anak dari Kuching ini akan menyanyikan lagu Sempurna (Andra & The Backbone). Nampak kesungguhannya. Suara pun sedappp..

ISMA
Punya 5 anak. Kakak kepada Tomok yang sedang bertanding di OIAM3. Suara Isma bila bercakap saling tak tumpah seperti Siti Nurhaliza. Tapi bila menyanyi tidak pula macam Siti. Dia akan menyanyikan lagu Sepi (Yuni Shara). Kita tengok bagaimana dia buat persembahan nanti. Buat masa ini undian Isma adalah yang tertinggi, 11%. Woh... Peminat-peminat Siti ke yang mengundi?

RUBISA
Juga sudah berkahwin dan punya seorang anak. Berasal dari Sabah. Dan umurnya 23 tahun.. Akan nyanyi lagu Matahariku (Agnes Monica). Aduhh.. Takda lagu lain ke.. Bosanlah dengar lagu ni..

RINI
Satu-satunya gadis bertudung untuk musim ini. Berusia 25 tahun. Dilahirkan kembar yang mana kedua-duanya minat menyanyi. Tapi rezeki berpihak pada Rini. Rini dan kembarnya juga pernah berada di Top 20 OIAM3. Tapi tuah tidak berpihak pada mereka. Rini akan menyanyikan lagu Elegi Sepi (Azharina). Suara Rini ini biasa sahaja.. Tiada kelainan atau luar biasanya tapi sedap didengar.

ZIZI
Gadis low profile ini dari Semporna, Sabah. Berusia 24 tahun. Aksinya dalam Diari AF tidak terlalu over. Nampaknya tidak mengada-ngada dan nampak kesungguhan nak belajar. Zizi akan menyanyikan lagu best dari Elyana, Molek.


AKIM
Antara peserta lelaki yang ada aura selebriti. Usianya baru 18 tahun dan berasal dari JB. Akan menyanyikan lagu kegemaran ibu-bapanya, Hatiku Kau Luka (Alleycats). Dia taklah seburuk dalam gambar di sebelah ni.

ARIL
Seperti sedia maklum Aril adik kepada Izwan Pilus. Dia boleh dianggap badut dalam akademi. Kerana suka buat lawak bodoh Saiful Apek. (Orang tak mainlah lawak Saiful Apek.. Orang main lawak Nabillah dik ooi.) Terlalu inginkan perhatian sehingga nampak sangat bila dia lakukan sesuatu dia akan pandang sekeliling seperti mahu tahu kehadiran kamera (Huh). Akan menyanyikan lagu Rahasia Perempuan (Ari Lasso). Disebabkan Izwan Pilus lahir dari Bintang RTM, secara tidak langsung ada aura RTM. Jadi, kemungkinan dia tidak mampu ke final kerana 'RTM' itu badi dik ooi..

HAFIZ
Rambutnya punya aura selebriti. (Rambut sahaja!) Berasal dari Kuching. Pada konsert pertama dia akan menyanyikan lagu, Lagu Kita (Aizat). Mampukah dia membuat lagu Aizat itu sebagai lagunya sendiri? Kita tunggu nanti. Oh lagi satu, dia punya rumah besarrrr..

OBRI
Budak banyak cakap. Umurnya 24 tahun dan berasal dari JB (lagi). Akan membawa lagu Jeritan Batinku (P Ramlee). Sebuah lagu yang hebat tapi mampukah dia kelihatan hebat dengan lagu ini. Lagu ini punya aura yang kuat. P Ramlee beb.. P Ramlee..

QHAUD
Namanya unik. Bekerja sebagai ahli perniagaan (Meniaga apakah?). Belum kelihatan X-factornya lagi. Pada konsert pertama, akan membawa lagu Phoenix Bangkit (M Nasir). Wohh.. bercita-cita tinggi budak ni... Lagu sifu lagi tu..

SIDI
Merupakan seorang suami yang berumur 27 tahun. Sorry to say, tidak nampak aura selebritinya. Tetapi tengok jerlah nanti pada konsert pertama dia akan menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta (Afghan).

YAZID
Weceh.. Gambar tak hingat.. Bagus. Bagus. Belum jadi artis dah bijak beraksi depan kamera.. Dia ni mat gagap dan nampak blur di akademi. Mat gagap ini akan membawa lagu Penghujung Rindu (Jamal Abdillah). Gila lah.. Walaupun gagap dan nampak blur, tapi dia nampak konfiden untuk beraksi di konsert nanti.