Wednesday, March 11, 2009

Satu Transformasi Akan Berlaku

Akademi Fantasia kembali dengan musim yang ke 7.
Transformasi akan berlaku (kononnya). Adakah benar?
Buat julung kalinya diketuai oleh seorang wanita iaitu Tiara Jacquelina.
Beliau, yang kita sedia maklum punyai pengalaman luas dalam seni persembahan pentas. Mampukah beliau?
Adakah AF kali ini sama dengan yang sebelum-sebelumnya?
Masihkah ada 'drama-drama' yang meloyakan?
Tangisan pura-pura dari si Drama Queen?
Kejutan yang tidak begitu mengejutkan?
Atau lawak-lawak bodoh dari AC Mizal si bapa-yang-tak-nak-bayar-nafkah-anak?
Kita tunggu sahaja konsert pertama pada 14 March 2009 jam 9 malam...
Bagi yang belum kenal siapa pelajar-pelajar dan lagu yang mereka akan bawa untuk konsert pertama, rujuk ini:

ADILA
Artis yang tak beberapa laku ini berjaya membolos AF7 kerana bakatnya. Datang dari JB berusia 23 tahun. Beria mewar-warkan yang tunangnya itu kerabat diraja. Sekali tu kantoi.. rupanya bukan kerabat. Malu seh. Akan menyanyikan lagu Di Bawah Pohon Asmara (Jac).

AISHAH
Pelajar lepasan SPM dari Kuching yang dilihat banyak main dalam Diari AF episod pertama. Lagu yang akan dibawa, Dan Sebenarnya (Yuna). Nampak mengada-ngada bila tak hafal lirik. Sedangkan lagu itu adalah wishlist dia (Haih budak.. kau tau beribu2 orang nak masuk AF? Kau boleh pula main-main).

CLAUDIA
Ibu kepada seorang anak dari Kuching ini akan menyanyikan lagu Sempurna (Andra & The Backbone). Nampak kesungguhannya. Suara pun sedappp..

ISMA
Punya 5 anak. Kakak kepada Tomok yang sedang bertanding di OIAM3. Suara Isma bila bercakap saling tak tumpah seperti Siti Nurhaliza. Tapi bila menyanyi tidak pula macam Siti. Dia akan menyanyikan lagu Sepi (Yuni Shara). Kita tengok bagaimana dia buat persembahan nanti. Buat masa ini undian Isma adalah yang tertinggi, 11%. Woh... Peminat-peminat Siti ke yang mengundi?

RUBISA
Juga sudah berkahwin dan punya seorang anak. Berasal dari Sabah. Dan umurnya 23 tahun.. Akan nyanyi lagu Matahariku (Agnes Monica). Aduhh.. Takda lagu lain ke.. Bosanlah dengar lagu ni..

RINI
Satu-satunya gadis bertudung untuk musim ini. Berusia 25 tahun. Dilahirkan kembar yang mana kedua-duanya minat menyanyi. Tapi rezeki berpihak pada Rini. Rini dan kembarnya juga pernah berada di Top 20 OIAM3. Tapi tuah tidak berpihak pada mereka. Rini akan menyanyikan lagu Elegi Sepi (Azharina). Suara Rini ini biasa sahaja.. Tiada kelainan atau luar biasanya tapi sedap didengar.

ZIZI
Gadis low profile ini dari Semporna, Sabah. Berusia 24 tahun. Aksinya dalam Diari AF tidak terlalu over. Nampaknya tidak mengada-ngada dan nampak kesungguhan nak belajar. Zizi akan menyanyikan lagu best dari Elyana, Molek.


AKIM
Antara peserta lelaki yang ada aura selebriti. Usianya baru 18 tahun dan berasal dari JB. Akan menyanyikan lagu kegemaran ibu-bapanya, Hatiku Kau Luka (Alleycats). Dia taklah seburuk dalam gambar di sebelah ni.

ARIL
Seperti sedia maklum Aril adik kepada Izwan Pilus. Dia boleh dianggap badut dalam akademi. Kerana suka buat lawak bodoh Saiful Apek. (Orang tak mainlah lawak Saiful Apek.. Orang main lawak Nabillah dik ooi.) Terlalu inginkan perhatian sehingga nampak sangat bila dia lakukan sesuatu dia akan pandang sekeliling seperti mahu tahu kehadiran kamera (Huh). Akan menyanyikan lagu Rahasia Perempuan (Ari Lasso). Disebabkan Izwan Pilus lahir dari Bintang RTM, secara tidak langsung ada aura RTM. Jadi, kemungkinan dia tidak mampu ke final kerana 'RTM' itu badi dik ooi..

HAFIZ
Rambutnya punya aura selebriti. (Rambut sahaja!) Berasal dari Kuching. Pada konsert pertama dia akan menyanyikan lagu, Lagu Kita (Aizat). Mampukah dia membuat lagu Aizat itu sebagai lagunya sendiri? Kita tunggu nanti. Oh lagi satu, dia punya rumah besarrrr..

OBRI
Budak banyak cakap. Umurnya 24 tahun dan berasal dari JB (lagi). Akan membawa lagu Jeritan Batinku (P Ramlee). Sebuah lagu yang hebat tapi mampukah dia kelihatan hebat dengan lagu ini. Lagu ini punya aura yang kuat. P Ramlee beb.. P Ramlee..

QHAUD
Namanya unik. Bekerja sebagai ahli perniagaan (Meniaga apakah?). Belum kelihatan X-factornya lagi. Pada konsert pertama, akan membawa lagu Phoenix Bangkit (M Nasir). Wohh.. bercita-cita tinggi budak ni... Lagu sifu lagi tu..

SIDI
Merupakan seorang suami yang berumur 27 tahun. Sorry to say, tidak nampak aura selebritinya. Tetapi tengok jerlah nanti pada konsert pertama dia akan menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta (Afghan).

YAZID
Weceh.. Gambar tak hingat.. Bagus. Bagus. Belum jadi artis dah bijak beraksi depan kamera.. Dia ni mat gagap dan nampak blur di akademi. Mat gagap ini akan membawa lagu Penghujung Rindu (Jamal Abdillah). Gila lah.. Walaupun gagap dan nampak blur, tapi dia nampak konfiden untuk beraksi di konsert nanti.

2 comments:

  1. Banyak2 pelajar. Tak ada pelajar yang berumur 40 tahun keatas. Contohnya AF yang lepas dimana ada Mama Rina. Kalau AF 7 sebelum ni ada Kelana. Tetapi tak dapat.
    Saya rasa kalau Kelana ada, boleh jadi abang senior kepada pelajar ni. Mungkin lagi meriah AF 7 kalau ada Kelana.

    ReplyDelete
  2. Saya pun setuju kalau Kelana dapat masuk AF. Dia tu ada bakat gak. Kalau ada pelajar yang dah berumur dalam kumpulan pelajar yang muda remaja, ada rasa seronok gak. Boleh jadi abang senior.
    Undi sms belakang kira. Yang penting bakat. Kita undi orang tu kerana bakat dan persembahannya. Bukan wajah atau personalitinya.

    ReplyDelete