Tuesday, April 28, 2009

Prinsipal, Cikgu Feti & Cikgu Ida zaman dolu-dolu..



Prinsipal tetap cantik dari dulu hingga sekarang.. Tidak berubah-ubah.. Tak mainlah cucuk-cucuk kan..



Sebijik macam Ariana anaknya kan? Ada iras-iras Amani juga..



Cikgu Ida kalau tengok ni, mesti dia gelak sakan agaknya..

Tugasan Minggu ke -8

Minggu ini adalah Minggu Teater Muzikal.
Mencabar juga tugasan untuk minggu ini.
Pelajar kena berlakon sambil menyanyi.
Dipimpin oleh Prinsipal Tiara yang mempunyai pengalaman tentang teater muzikal.
Dibantu oleh Fakulti yang tak kurang hebatnya.
Dikritik pula oleh Adlin Aman Ramli yang pernah menyandang tugas Pengarah Teater..
Pasti hebat Konsert ke-8 nanti! Tak sabar nak tengok secara live di Dewan Sri Putra..
Jumpa anda di sana..

PELAJAR LELAKI

AKIM - TITAH SULTAN (PGL)
YAZID - RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ - DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - KATAKAN (PGL)
ISMA - MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)
AISHAH - SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)

LAGU BONUS

DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)

Konsert AF7 minggu ke 8 ini bertembung pula dengan AIM.
Pihak produksi Astro tiada ura-ura nak tukarkan hari konsert ke hari Ahad ke?
Manalah tahu kalau-kalau penonton kurang mengundi kerana leka tengok AIM..

Sunday, April 26, 2009

Aril out!


Macam tak percayakan?..
Aril dah buat persembahan hebat pada konsert ke- 7, tapi rezeki tidak memihak padanya..
Hati kami macam kuat mengatakan, untuk musim ini pasti ada Afundi Masuk.
Kami yakin Astro telah memasang startegi...
Kita tunggu dan lihat nanti..

Menyentuh mengenai persembahan pelajar-pelajar pada konsert ke - 7 ini, persembahan pelajar lelaki memang terbaik. Kerana mereka telah diberi lagu yang hebat-hebat jadi dapatlah mereka membuat persembahan yang outstanding.
Tapi bila lihat pelajar perempuan, dapat lagu slow dan biasa-biasa sahaja.
Jadi, persembahan mereka pun biasa-biasa sahajalah sebab mereka tidak kreatif..

Untuk Aril, all the best tuk kau wokk..
Doa-doakanlah ada Afundi Masuk yer..

Wednesday, April 22, 2009

Apa Relevannya?


Boleh sesiapa maklumkan pada kami tentang tujuan sebenar kehadiran Marsha dalam Akademi?
Sejak dua menjak ni, kami dah malas nak tengok diari. Sebab diari hanya memaparkan;

1. Pelajar tengah makan.
2. Pelajar sibuk nak bercakap dengan kamera.
3. Pelajar bercerita.
4. Pelajar bergurau-senda.
5. Pelajar yang sama sahaja di beri highlights
6. Dan lain-lain

Kata pihak Astro, penonton mahukan semua di atas untuk di paparkan di dalam Diari AF7.
WTH?
Kami mahu Astro tunjukkan kesungguhan merekalah.. tunjukkan bagaimana mereka ini berlatih.Yang lain-lain tu sikit-sikit dahlah..
Astro, kami dah bosan. Daripada tengok diari baiklah tengok Merah Puteh di tv9. Lagi bess....

Monday, April 20, 2009

Tugasan Minggu ke- 7

PELAJAR LELAKI

YAZID - WITH OR WITHOUT YOU (U2)
ARIL - NAKAL (GIGI)
HAFIZ - KAU YANG PUNYA (MALIQUE/ NAJWA)
AKIM - SITUASI (BUNKFACE)
LAGU BONUS – FIONA (4U2C)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - WHEN YOU'RE GONE (AVRIL LAVIGNE)
AISHAH - FLORA CINTA (MIN MALIK)
ISMA - TAK MUNGKIN KERNA SAYANG (ALYAH)
LAGU BONUS – UNTUKMU (FEMINIM)

Saturday, April 18, 2009

Qhaud tersingkir untuk minggu ke - 6

Seperti biasa, pelajar yang membuat persembahan terakhir akan tersingkir.
Mangsa Astro untuk minggu ini adalah Qhaud.
Kenapa pelajar yang membuat terakhir akan tersingkir?
Kerana penonton tidak punyai masa untuk mengundi, berbanding pelajar yang membuat persembahan terdahulu.
Tak kira lah persembahan pelajar itu adalah yang terbaik, tapi jika dia membuat persembahan yang terakhir pasti akan terkeluar contohnya Zizi, Sidi dan kini Qhaud.
Sarimah selalu pesan di dalam Diari, jangan undi pelajar saat-saat akhir, jangan undi pelajar sesudah pelajar membuat persembahan. Kenapa tidak boleh? sedangkan peminat mahu mengundi berdasarkan persembahan mereka. Buat apa nak undi melulu tanpa melihat persembahan mereka kan?
Jika konsep undian yang begitu ingin diterapkan oleh Astro pasti Juara AF7 yang akan dilahirkan tidak berkualiti.
Kalau anda perasan juga, pelajar yang sentiasa mendapat undian terendah akan diletak sebagai pelajar akhir yang membuat persembahan. Kenapa tidak letak Isma di akhir konsert? (sebab Isma beri banyak untung pada Astro)
Astro sendiri sedia maklum corak undian yang sebegitu. Dah tau pelajar tu kurang dapat undian, diletaknya hujung-hujung supaya pelajar yang tidak memberi keuntungan pada Astro itu terus keluar. Tak perlu lagi menyemak dalam akademi. Tak begitu Astro?
Untuk anda yang sentiasa mengundi, bukalah mata luas-luas. Bukalah telinga lebar-lebar.
Jangan mudah terpedaya sangat dengan mainan Astro ni.. OK!

p/s: All the best to Qhaud!

Wednesday, April 15, 2009

Siapa bodoh dan bangang?

Okay.. bawa bertenang kawan-kawan. Di bawah saya letakkan petikan dari pengkritik Badrul diblognya http://badrulaftersix.blogspot.com/ (beliau juga ada menulis kritikan untuk AF7 di Murai.com)

i pun bengang jugak sebenarnya pasal pelajar terbaik minggu lepas... actually bila diaorang pilih isma, i takder lah nak bising apa pun because i know that isma and hafiz memang perform best pun... tapi tak seperti minggu sebelum nih, diaorang bila nak umumkan qhaud dapat pelajar cemerlang tuh at least sebut jugak antara tiga orang between hafiz, isma and qhaud... walaupun i nak ketawa jugaklah dengan pemilihan qhaud tuh... tapi minggu lepas nih tak, pelajar cemerlang terus jer isma... umum dalam bas... padahal tiga-tiga pengkritik sebut hafiz and semua penonton pun boleh nampak kecemerlangan hafiz... at least bagi lah pat on the back... bayangkanlah perasaan seorang budak 18 tahun yang dengar segala pujian dari pengkritik dan sorakan dari penonton, tapi langsung tak dihargai oleh cikgu-cikgu sendiri... alah, macam tak biasa benda-benda macam nih... lepas tuh bila principle umumkan sorang lagih pelajar cemerlang was aril, i dah gelak golek-golek atas lantai... please lah... kalau lah cikgu-cikgu tuh memang faham sangat perangai budak-budak dan anggap budak-budak-budak tuh macam anak mereka, maybe mereka akan faham yang hafiz menangis tuh bukan sebab dia rasa diasingkan oleh pelajar-pelajar lain, tapi dia rasa dianak-tirikan oleh orang-orang yang mengaku mak dia dalam akademi... please read between lines cikgu-cikgu ya...

Af7ujuh pun ada tonton waktu Prinsipal umumkan nama Aril. Jadi, untuk peminat-peminat Aril yang melatah sila cari di Youtube kalau tak puas ati. Kami malas nak cari.. OK!

Untuk Kipas-Susah-Mati Aril AF7



Tuesday, April 14, 2009

Pilih Kasih?

Sana-sini bercerita pasal isu pilih kasih.
Di channel @15 berderet-deret peminat menghamburkan kemarahan.
Tidak kurang juga blog-blog FC pelajar.
Apa benar cikgu pilih kasih?
Kriteria untuk Anugerah Pelajar Cemerlang juga dipertikaikan.
Hafiz yang sentiasa mendapat pujian dari pengkritik setiap minggu, hanya sekali sahaja baru dapat Anugerah tersebut. Tapi Aril yang persembahannya yang biasa-biasa sahaja, telah dua kali mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang. Contohnya untuk konsert minggu lepas, Aril mendapat lagi Anugerah Pelajar Cemerlang, bising sana-sini tak puas hati. Kenapa Aril? Sedangkan persembahan Hafiz jauh lagi bagus dari Aril? Rasanya, kalau anugerah itu diberi pada Claudia atau Aishah, pasti tidak menjadi isu kan..
Ada juga yang mengatakan cikgu lebihkan Aril tapi Hafiz dipinggirkan atau dipandang sepi.Lagu pun ntah apa-apa yang Hafiz dapat untuk minggu ke 6. Lagu orang kahwin katanya..
Kalau lihat dari segi itu, memang simpati juga pada Hafiz. Tapi takpelah Hafiz, anggap itu cabaran. Hafizkan bagus. Beri sahaja lagu apa-apa pun, Hafiz tetap mampu membawanya dengan baik sekali..

Di bawah ini adalah gambar yang menunjukkan aksi tenaga pengajar termasuk prinsipal, yang diambil dari http://hafizfc.blogspot.com/.Di mana ia menambahkan lagi kekecewaan peminat-peminat Hafiz.

Ketika Aril menerima kritikan positif




Ketika Hafiz menerima kritikan positif


Beza kan? Inilah yang menjadi pedebatan antara peminat-peminat Hafiz dan Aril. Tertanya-tanya juga, kenapa perkara ini berlaku? Sedangkan barisan fakulti ini adalah dari kalangan golongan profesional. Sepatutnya mereka tahu untuk bersikap seperti profesional juga.. Dalam diari, mereka tampak biasa saja. Melayan semua pelajar sama rata. Tapi apabila konsert 'terkantoi' pula dengan aksi-aksi di atas..
Sehinggakan Aril dipanggil MONYET oleh peminat-peminat Hafiz. Tak kurang juga yang nak cili muka cikgu Shafiee.. Macam-macam..
Buat peminat-peminat Aril dan Hafiz,
Jika benar pilih kasih berlaku pun, kita tunggu dan lihat sahajalah sejauh mana orang yang dipilih kasih itu boleh pergi. Untuk pelajar yang teraniaya itu, teruslah beri sokongan padanya, dan percayakan bakatnya. Dan ingat, tak semestinya yang akan jadi juara itu akan terus berjaya dalam industri seni Malaysia yang makin malap ini dan tak semestinya yang kalah itu terus kalah selamanya. Ok!

Monday, April 13, 2009

Tugasan Minggu ke- 6

Minggu ke- 6 adalah minggu band.
Pelajar akan menyanyi diiringi live band di atas pentas.
Agak menarik juga idea ini. Kita tunggu dan lihat lagi transformasi untuk minggu ini.
Berikut adalah senarai tugasan..

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)


p/s: Diharapkan ada peningkatan yang ketara. Dah mingu yang ke-6 ni dik non..

Konsert Minggu ke 5

Pengalaman menonton konsert AF tempoh hari secara dekat, adalah satu pengalaman yang tidak beberapa menarik. Pertamanya, kami di arahkan untuk memenuhkan dewan dan duduk di kerusi yang masih banyak kosong sedangkan tiket kami adalah di aras satu, di mana view di situ sangat menarik. Jika anda yang menonton di rumah dan merasakan, Dewan Sri Putra full dengan peminat AF, itu hanyalah kamera trick. Tepat 8.45, masih lagi ada ruang-ruang kosong di dalam dewan.Jadi kami dari aras 1, di arahkan turun dan duduk di bawah untuk memenuhkannya. Dah lah pemandangan tidak clear, terpaksa pula mendongak-dongak. Hingga kini tengkuk kami masih sakit kerana terpaksa mendongak selama dua jam. Demm. Memang benar boleh lihat skrin besar yang berada di kiri-kanan pentas. Tapi kalau sekadar dapat tonton skrin, baik tengok kat rumah saja kannnn..
Kemudiannya, pengalaman tidak menarik kami bertambah lagi apabila kami rupa-rupanya duduk dikalangan penonton yang sangat boring. Penonton yang hanya senyap dari mula konsert hingga akhir konsert. Aduhaii.. Kalau nak duduk tegak saja, baik tengok kat rumah kak ooi.. Bila kami bersorak, bertepuk tangan, kami dipandang dengan pandangan yang seperti kami dah buat satu kesalahan besar. Alahai.. ini bukan Akedemi Al-Quran. Ini Akademi Fantasia lah! Rasa nak sepak jer sekor-sekor!
Setelah sakit hati dengan kedua-dua keadaan tersebut, tambah lagi sakit hati dengan persembahan pelajar-pelajar yang hampeh, syok sendiri, sumbang-mambang dan sebagainya. Mana ntah transformasi. Dari 9 orang yang buat persembahan, ada berapa kerat jer menarik. Yang lain tu, masuk pertandingan karaoke bolehlah..
Tiada satu persembahan pun yang terkesan di hati kami, tiada persembahan pun yang buat kami teringat-ingat sampai balik. Cuma satu jer kami teringat sampai hari ini ialah, kecomelan Adibah Noor. Dia sangat cool!
Sewaktu dia baru tiba dan mahu duduk di kerusi penkritik, penonton di dewan dah bersorak-sorak dan bertepuk-tangan seolah-olah Adibah mahu buat persembahan konsert. Padahal dia baru jer nak duduk kat kerusi tu. Itulah Adibah Noor, disenangi oleh semua orang. Kritikannya pada malam itu pun disenangi, ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sangat profesional. Tiada pun mengutuk,menjatuhkan pelajar (walaupun ada yang buat persembahan standard fun-fair!) atau menyamakan pelajar dengan haiwan dan sebagainya. Adibah memang best lah!


Kak Dibah, kami sayang kamu.

P/S: Elemen kejutan Zul 2by 2 dan anak Claudia, kami tak rasa sangat. Sebab kami dah nampak mereka dulu. Zul yang sudah sedia di mekap dan anak Claudia yang duduk berhampiran kami.. Sangat tidak terkejut ok!

Sunday, April 12, 2009

Penyingkiran Konsert ke 5



Babai Sidi.
Semoga berjaya kelak.

Kredit: Murai

p/s: akan bercerita menganai konsert minggu ke 5 esok saja, Sebab penat. Okay daa..

Saturday, April 11, 2009

Menuju Puncak

Malam ini AF7ujuh akan ke Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Untuk melihat dengan mata kepala sendiri transformasi yang akan berlaku malam ini.
Jumpa anda di sana ya!

Wednesday, April 8, 2009

Katanya...

Katanya.. Pelajar-pelajar akan berduet dengan bekas pelajar AF (boringgg..)
Katanya.. Zizi dah ada buah hati.
Katanya.. Buah hatinya dah tentu bukan Yazid.
Katanya.. Sebenarnya bukan cincin Zizi.
Katanya.. Astro yang sediakan cincin.
Katanya.. Astro yang suruh beri cincin tu pada Yazid.
Katanya.. Zizi yang lurus ni pun berilah.
Katanya.. Propalah kau Astro!
Katanya.. Ini semua dari sumber yang benar. Hati-hatilah dengan permainan Astro ni yer kawan-kawan...

Tuesday, April 7, 2009

Tugasan Minggu ke-5

Di bawah ini adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ke 5.
AF7ujuh tidak mengharapkan apa-apa kejutan pun untuk minggu ini. Transformasi yang dicanang-canangkan sejak hari pertama lagi, adalah transformasi yang menyakitkan hati sahaja..
Ramai yang tidak berpuas hati. Ramai yang mengkritik. Ramai yang mual.Tapi nak buat macammana, itulah Akademi Fantasia. Penuh kontroversi dan kejutan.

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira): Akim berangan nak duet dengan Erra, tapi kak Erra tgh cuti pantang bersalin dik..
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow):budak ni berangan nak nyanyi ngan Yusry. Wadda? Kalau dia sebut nama Melly takpalah jugak. Ini Yusri plak.. Lagu ni duet laki-perempuanlah Qhaudddd...
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu): Hafiz berangan mahu nyanyi dengan Rossa. Dapat ke? Kalau dapat sure best..
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari):Aril berangan nak duet ngan sapa dia sebut semalam?Lupa. Ada aku kesah dengan si poyo ni?hahaha
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi): Yazid mahu duet ngan Jamal. Bagus-bagus.. Nasib baik kau tak sebut nama Mawi..
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto): Sidi tak pasti nak duet ngan siapa.. Dengan siapa pun Sidi duet, tak memberi apa-apa impak pun..


PELAJAR WANITA


CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong): Claudia tak mention plak dia mahu nyanyi dengan siapa lagu ni. Tapi tak kesah dengan siapa-siapa, Claudia pasti akan dapat bawa lagu ini dengan baik berdasarkan vokal yang mantap..
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2): Kakak ni pastilah mahu duet sama suaminya.. Kalau betul kakak ni dapat menyanyi sama suaminya, pasti itu startegi Astro nak naikkan undiannya. Hah..undi..undilah...
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa) : Harap Aishah dapat berduet dengan Dafi. Pasti comel kan?


LAGU BONUS

Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat): Lagu yang menarik..

Untuk minggu ini, AF7ujuh nak pesan tolonglah jangan undi pelajar yang ntah apa-apa... Merugikan industri dan duit anda saja..

Sunday, April 5, 2009

Rubisa dan Zizi

Baguskan..
Peramlah pelajar yang bakatnya ntah apa-apa kat dalam akademi tu..
Ya lah.Keputusan di tangan anda..
Lagipun,tak semestinya kalau yang keluar dulu, dia tak bagus.
Dan tak semestinya yang masih ada dalam akademi tu adalah yang terbaik.
Malah yang terkeluar tu lagi bagus daripada yang masih ada kat dalam akademi tu.
Rezeki ditangan Tuhan bukan ditangan pengundi-pengundi. All the best untuk Rubisa dan Zizi. Anda penyanyi yang bagus. Pasti ada rezeki. Insyallah.. Jangan putus asa. Rubisa pasti lega dapat jumpa anaknya yang sakit tu..
Pada yang masih ada di dalam akademi tu, kita tunggu dan lihatlah sejauh mana mereka mampu pergi. oklah.Malas lah nak tulis panjang-panjang pasal AF.
Bosan..
Lain kali sambung lagi yer.

p/s: geli hati tengok seorang pelajar terenjut-enjut buat persembahan. buruk dowh.. sila lah nasihat dia..

Thursday, April 2, 2009

Ramalan

Siapa akan tersingkir minggu ini?
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang lemah.
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang mendatar.
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang tiada aura.
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang tiada peningkatan.
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang bakatnya biasa sahaja.
Pastikan pelajar yang akan tersingkir itu adalah pelajar yang layak tersingkir.

Jadi, anda buatlah penilaian yang sebaiknya..
Afundi yang berbakat.
Afundi yang ada peningkatan.
Afundi yang ada X-factor.
Afundi yang ada bakat luar biasa.
Okay!

Ramalan saya.. Sidi.
Anda?

Wednesday, April 1, 2009

Hafiz Dipulaukan

Hafiz dipulaukan?
Semalam dalam diari Hafiz menangis seperti dalam telenovela.
Dia menangis sebab rasa terpinggir.
Dia sedih sebab rasa kawan-kawan tak pedulikan dia dan kadang-kadang mereka tidak mahu membantunya. Kasihan Hafiz.. biasalah dik.. Orang hebat memang gitu.. Ada jer manusia dengki.
Hafiz dipinggirkan mungkin kawan-kawan rasa dia hebat dan tak perlu bantuan apa-apa.
Atau munkin mereka terasa tergugat dengan kehebatan Hafiz. Kalau rasa tergugat, berusaha lah betul-betul sampai dapat ke tahap Hafiz. Minta pendapat Hafiz bagaimana nak menyanyi dengan baik macam dia ker.. Berkongsi ilmu dengan Hafiz ker..Ini tidak, asyik banyak main, buat lawak bodoh, gila kamera, gila perhatian dan poyo!
Tengok sahaja diari malam ni, Sarimah kata ada banyak lagi adegan konflik telenovela..