Sunday, March 15, 2009

Konsert AF7 Minggu Pertama


Seperti yang dijangka, TIADA PENYINGKIRAN. Ini mungkin mahu memberi peluang lagi pada pelajar-pelajar. Yerlah.. minggu pertamakan. Semuanya nampak gugup dan kekok. Secara keseluruhan, persembahan Hafiz adalah yang terbaik dari 13 peserta yang lain. Peserta-peserta lain nampak OK-OK sahaja. Obri hancur! Dah kata dah.. lagu tu berat.. P.Ramlee lagi tu..Tapi kenapa yer cikgu-cikgu hanya membiarkan sahaja pelajar-pelajar memilih lagu yang silap? Takkanlah mereka tak nampak semua tu. Alih-alih pelajar juga disalahkan.. Jika cikgu-cikgu tak betulkan, pelajar pasti fikir mereka telah membuat pemilihan yang tepat kan..

Ramai tertanya-tanya, apakah transformasinya? Adalah beberapa transformasi yang nampak jelas, pentas yang dikecilkan, pelajar-pelajar tiada tagline yang annoying dan semalam pelajar-pelajar tidak menari lagu Menuju Puncak! Dan transformasi yang berlaku di akademi, seperti pemakaian kasut di dalam akademi, pelajar-pelajar diberi meja sendiri dan sebagainya.. Prinsipal Tiara nampaknya juga mahu AF7 kelihatan profesional dan tidak terlalu santai. Supaya pelajar tahu pertandingan ini adalah sesuatu yang serius dan bukan tempat istirehat.. Kita tunggu sahaja konsert seterusnya. Anda rasa siapa yang tersingkir minggu hadapan..?
SIDI!

No comments:

Post a Comment