Thursday, May 14, 2009

Debaran Semakin Terasa

Dag Dig Dug
Tinggal sehari lagi sebelum Konsert Final AF7.
Siapakah yang akan menjadi pilihan anda?
Af7ujuh pun dah tak sabar-sabar ni.
Tiket dah beli.
Baju dah beli.
Tinggal nak pergi jer nanti.
Bila final makin hampir ni, ada sedikit rasa sedih pulak..
Bagaimana yer malam sabtu anda tanpa AF7 lagi...


Get your own Poll!

AFMasuk Tidak Adil?

Tiara sebenarnya sudah lama ingin melaksanakan elemen AF Masuk ketika Zizi dan Qhoud terkeluar. Namun, keputusan itu dibuat secara serius semasa penyingkiran Aishah dan Claudia


KEMASUKAN semula Aril (kiri) bakal menggugat kedudukan Yazid dalam AF7.


KETIKA pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Datin Seri Tiara Jacquelina mengumumkan elemen AF Masuk pada konsert minggu kelapan, ramai yang memberi pandangan bahawa keputusan itu dibuat 'khas' untuk pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh, Aril.

Merujuk kepada populariti barisan pelajar-pelajar yang tersingkir, Aril tidak dinafikan dia merupakan pelajar paling hangat musim ini. Malah, penyingkiran Aril sendiri telah mengejutkan ramai pihak kerana dia diyakini akan menempa tiket ke pusingan akhir yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Terbukti dengan monopoli 52.5 peratus undian AF Masuk daripada 300,000 jumlah undian selama seminggu, pengumuman Aril diserap semula dalam AF7 disambut baik. Menghitung jumlah undian yang diperolehi, Aril mendapat sokongan jauh berbeza daripada pelajar kedua dalam senarai iaitu Aishah dengan undian sebanyak 26.6 peratus. Selebihnya dikongsi oleh lapan bekas pelajar lain.

Tidak menafikan populariti Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, cuma ada segelintir pihak berpendapat kemasukan Aril terus ke peringkat final bagaikan jalan mudah baginya. Ada juga menyatakan perasaan tidak puas hati kerana keempat-empat pelajar lain yang layak, Hafiz, Isma, Akim dan Yazid bertungkus-lumus untuk mara ke final.

Menyaksikan persembahan keempat-empat pelajar pada minggu sembilan sudah cukup menyukarkan penonton untuk memilih juara mereka. Maka, dirasakan elemen AF Masuk itu tidak diperlukan lagi kerana apabila seseorang pelajar itu disingkirkan, itu bermaksud penonton mahu pelajar itu dibuang terus.


MAMPUKAH Akim memberikan persembahan yang bakal menjulangnya sebagai juara AF7?


Mungkin itu gimik Astro untuk menghangatkan lagi AF7 yang sudah menghampiri penghujung. Namun, menurut Ketua Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, AF Masuk bukannya dikenalkan semula atas alasan suka-suka tetapi atas dasar keperluan, permintaan dan perbincangan bersama fakulti.

"Setiap minggu, peratusan undian antara pelajar adalah sengit. Maka, apabila Tiara memberitahu bahawa dia ingin menggunakan semula konsep AF Masuk, kami membenarkan kerana ingin memberi peluang kepada audiens memilih finalisnya. Tidak kira siapa pilihan audiens, kami menerimanya."

Sebagai pengetua, Tiara mempunyai kuasa untuk memutuskan perlaksanaan AF Masuk. Selepas perbincangan dengan pihak produksi AF7, Tiara sebenarnya sudah lama ingin melaksanakan elemen AF Masuk ketika Zizi dan Qhoud terkeluar. Namun, keputusan itu dibuat secara serius semasa penyingkiran Aishah dan Claudia.

"Saya tahu saya ada hak untuk melaksanakan AF Masuk. Tapi sebelum itu saya rasa ia tidak begitu diperlukan lagi. Saya sayang semua pelajar dan apabila dia pelajar berbakat disingkirkan sekali gus, saya rasa ini (minggu kelapan) adalah masa yang sesuai untuk mengumumkan AF Masuk," ungkap Tiara.


ISMA, satu-satunya peserta wanita yang melayakkan diri ke gelanggang final AF7.


Menerima banyak panggilan daripada penonton yang mahukan AF Masuk dilaksanakan, Khairul Mizan menegaskan AF Masuk bukannya satu gimik dan jumlah peserta yang akan disingkirkan pada setiap konsert telah ditetapkan oleh dia bersama Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair.

"Ingin saya tegaskan bahawa AF Masuk adalah sebahagian daripada format AF. Sebelum berlangsungnya konsert, saya dan Sooraj akan menetapkan jumlah peserta yang akan disingkirkan.

"Kami tidak akan berbincang dengan pihak fakulti dan Tiara. Maka, keputusan untuk melaksanakan AF Masuk dibuat pada konsert kelapan itu sendiri. Namun, semuanya atas budi bicara dengan Astro," tambah Khairul Mizan.

Walaupun AF Masuk bukannya sesuatu yang baru, namun, kemasukan Aril juga mendapat 'tentangan' pelajar AF7 itu sendiri. Melihat kejayaan bekas pelajar yang pernah diserap menerusi elemen itu seperti Mawi, Marsha dan Lotter, Aril dijangka akan menumpaskan sebahagian daripada finalis yang mendapat kutipan tertinggi selama sembilan minggu bertanding.


KEMASUKAN semula Aril menjadikan laluan untuk Hafiz menjuarai AF7 semakin sukar.


Bagi pihak Astro, Khairul Mizan menjelaskan AF Masuk memainkan peranan untuk menyuntikkan elemen hiburan kepada keseluruhan pusingan akhir nanti. Namun, dia juga bersetuju dengan pendapat ramai bahawa kemasukan Aril itu tidak begitu adil.

"Apa yang orang katakan itu juga ada kebenarannya. Yazid pun pernah berkata secara main-main dalam diari bahawa AF Masuk tidak begitu adil. Saya tahu keempat-empat pelajar telah menjalani jalan sukar dan Aril masuk terus. Ia dilihat tidak begitu adil bagi mereka.

"Tapi jika tidak ada AF Masuk, maksudnya hanya empat pelajar sama akan membuat persembahan pada final nanti. Kami mahukan pusingan akhir yang lebih meriah dan bervariasi," jelasnya lagi.


YAZID mampu memberikan persaingan sengit terhadap Hafiz, Aril, Isma dan Akim.


Berjayakah Aril menumpaskan Yazid, Akim, Isma, Hafiz pada konsert akhir yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pukul 9 malam, Sabtu ini?

Berlandaskan pola undian yang tidak konsisten daripada penonton, rasanya penonton menghadapi kesukaran untuk meneka siapa bakal menjuarai AF7 berbanding musim-musim sebelumnya. Tapi apa yang pasti episod akhir AF7, hujung minggu ini bakal menjanjikan kejutan.

Kredit: Kosmo!

Tuesday, May 12, 2009

Tugasan Konsert Akhir AF7

Berikut adalah senarai tugasan untuk kelima-lima finalis Akademi Fantasia musim ini:

AKIM
Bencinta (Faizal Tahir)

ARIL
Kasih Tak Sampai (Padi)

YAZID
Kasidah Cinta (Dewa 19)
HAFIZ
Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)

ISMA
Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar)

Siapakah pilihan Juara AF7 anda? Buat pilihan yang bijak yer..
Apa-apa pun all the best untuk semua finalis.

Dengarnya kakak Isma kita begitu tertekan yer..


















Jangan lupa tonton Diari AF7 malam ini untuk mengetahui kenapa kakak Isma ini jadi begini.

Monday, May 11, 2009

Tuesday, May 5, 2009

Tugasan Minggu ke- 9

PELAJAR LELAKI

AKIM
Larut (Dewa 19)
I’m Yours (Jason Mraz)

YAZID
Aku Skandal (Hujan)
Where The Street Have No Name (U2)

HAFIZ
I Believe I Can Fly (R kelly)
Laskar Pelangi (Nidji)

PELAJAR WANITA

ISMA
Hot & Cold (Katty Perry)
Aku Pasti Datang ( Bunga Cinta Lestari)

Anda ingin mengundi masuk
Adila, Obri, Rini, Rubisa, Zizi, Qhaud, Sidi, Aril, Claudia dan Aishah?

Caranya mudah sahaja, anda perlu menaip AFMASUK atau AFMASUK [3/5/10] [nama pelajar] dan hantar ke 32999 mulai hari ini Isnin, 4 Mei 2009 tepat jam 10.00 malam. Undian untuk AFMASUK akan ditutup pada hari Sabtu, 9 Mei 2009 tepat 9.00 malam sebaik Konsert Kesembilan AF7 bermula
.

Af7ujuh yakin Aril yang dapat masuk semula.

Sunday, May 3, 2009

Kan dah kata...

Dah agak dah kan..
Pasti ada Afundi Masuk. Biasalah.. propa!
siapa yang suka tentang keputusan ini, silalah undi.
Kalau tak suka, tak payahlah AfMasuk.
Senang cerita..
Bercakap tentang konsert ke-8, bagi kami ini adalah konsert terhebat untuk musim ini.
Tidak sia-sia kami meluangkan masa menonton konsert di Dewan Sri Putra.
Dari pembukaan hingga ke akhir konsert, segalanya bagus.
Sehingga nak ke tandas pun terpaksa tahan, sebab iklan kejap sangat. Takut ter-miss momen-momen yang menarik.Hahha
Secara keseluruhan kami dengan bangganya memberi two thumbs up dan standing ovation kepada persembahan Hafiz dan Isma.
Mereka terbaik.
Dari segi jalan cerita, emosi,gerak tubuh,lagunya dan segalanya sempurna!Memang meruntun jiwa. Meremang bulu roma bila dengar Hafiz nyanyikan lagu Seniman Agung itu.
Emosi mereka meresap ke dalam hati kami sehingga mengundang sebak dan bergenang air mata. Tahniah Hafiz & Isma! Tahniah untuk semua tenaga pengajar.
Akim juga tak kurang hebatnya. Dia sangat comel menjadi Sultan Melaka. Dan kami baru perasan, mata Akim sangat menggoda okay..Menjerit-jerit gadis di Dewan bila melihat aksi Akim menjadi Sultan Melaka..
Claudia, Yazid dan Aishah juga membuat persembahan yang menarik.. Tetapi apakan daya undian terendah jatuh kepada Aishah dan Claudia. Tersingkirlah mereka.
Berbalik pada AFmasuk, rasa-rasanya macam tahu jer siapa yang akan masuk balik.. jeng..jeng..jeng..