Sunday, March 22, 2009

Konsert AF7 Minggu Kedua



Entri ini untuk HAFIZ


Konsert minggu kedua amat menarik bukan..
Majoriti pelajar-pelajar membuat persembahan menarik.
Terutamanya Hafiz. Hafiz sesungguhnya nampak begitu jujur dan dia tahu apa tujuan dia berada di Akademi.
Kesungguhannya dapat kita lihat di dalam Diari lagi. Hafiz begitu tekun. Sehinggakan jika cikgu sedang menegur cara nyanyian pelajar lain, dia masih tetap setia mendengar. Walaupun teguran itu bukan ditujukan untuk dia. Tidak seperti pelajar yang lain(korang tau lah sape...) yang bajet bagus.. Yang bajet dia lah macho.. Yang bajet dialah ketua. Yang bajet dia paling hensem. Tapi bila masa konsert hancussss..
Kejujuran dan kesungguhan Hafiz selama dua minggu ini dapat dilihat hasilnya dalam konsert. Dia memberi 200% untuk persembahannya. Lagu Toyol bukanlah 'makanan' dia, tapi dia persembahkan lagu itu seperti lagu itu lagunya sendiri. Dan lagi satu, cuba anda lihat wajah Hafiz ketika mendengar kritikan dari pengkritik. Sangat innocent ok. Bersungguh-sungguh dia mendengar walaupun pengkritik-pengkritik melambung-lambung memberi pujian.
Bukanlah sekadar nak puji-puji kosong si Hafiz ni, tapi inilah kebenarannya..

Pelajar lain?
Oklah.. Semua ada peningkatan kecuali Yazid rasanya.. Kasihan dia. Diharap dia masih lagi berpeluang untuk membuktikan yang dia boleh menyanyi. . Dan tolong jangan beri lagu yang bukan-bukan untuk dia.
Penyingkiran Adila bukan kerana dia tidak berbakat. Tetapi rasanya sebab peminat-peminat AF memang tak boleh terima dia. Dia pernah ada 2 album sebelum ini dan tidak mendapat sambutan (dia nyanyi lagu apa pun, tidaklah saya tahu..). Dan kini popularitinya meningkat naik dengan bantuan AF, tetapi masih tidak juga tidak boleh diterima. Jadi kesimpulannya.. Adila perlu lakukan transformasi besar-besaran jika ingin terus berada di industri nyanyian. Okayyy..

2 comments:

  1. Saya setuju!!!sgt setuju.I've been watching diari AF since day 1, Hafiz tak pernah gila kamera (macam sesetengah pelajar). He know's what he is doing in AF. dan yang penting Hafiz tak mintak undi simpati dengan menangis or being outspoken (mcm sesetengah pljr lain jugak...).

    ReplyDelete
  2. Betul.. Hafiz nampak begitu bersungguh-sugguh. harap dia terus berjaya untuk konsert seterusnya..

    ReplyDelete