Tuesday, April 14, 2009

Pilih Kasih?

Sana-sini bercerita pasal isu pilih kasih.
Di channel @15 berderet-deret peminat menghamburkan kemarahan.
Tidak kurang juga blog-blog FC pelajar.
Apa benar cikgu pilih kasih?
Kriteria untuk Anugerah Pelajar Cemerlang juga dipertikaikan.
Hafiz yang sentiasa mendapat pujian dari pengkritik setiap minggu, hanya sekali sahaja baru dapat Anugerah tersebut. Tapi Aril yang persembahannya yang biasa-biasa sahaja, telah dua kali mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang. Contohnya untuk konsert minggu lepas, Aril mendapat lagi Anugerah Pelajar Cemerlang, bising sana-sini tak puas hati. Kenapa Aril? Sedangkan persembahan Hafiz jauh lagi bagus dari Aril? Rasanya, kalau anugerah itu diberi pada Claudia atau Aishah, pasti tidak menjadi isu kan..
Ada juga yang mengatakan cikgu lebihkan Aril tapi Hafiz dipinggirkan atau dipandang sepi.Lagu pun ntah apa-apa yang Hafiz dapat untuk minggu ke 6. Lagu orang kahwin katanya..
Kalau lihat dari segi itu, memang simpati juga pada Hafiz. Tapi takpelah Hafiz, anggap itu cabaran. Hafizkan bagus. Beri sahaja lagu apa-apa pun, Hafiz tetap mampu membawanya dengan baik sekali..

Di bawah ini adalah gambar yang menunjukkan aksi tenaga pengajar termasuk prinsipal, yang diambil dari http://hafizfc.blogspot.com/.Di mana ia menambahkan lagi kekecewaan peminat-peminat Hafiz.

Ketika Aril menerima kritikan positif




Ketika Hafiz menerima kritikan positif


Beza kan? Inilah yang menjadi pedebatan antara peminat-peminat Hafiz dan Aril. Tertanya-tanya juga, kenapa perkara ini berlaku? Sedangkan barisan fakulti ini adalah dari kalangan golongan profesional. Sepatutnya mereka tahu untuk bersikap seperti profesional juga.. Dalam diari, mereka tampak biasa saja. Melayan semua pelajar sama rata. Tapi apabila konsert 'terkantoi' pula dengan aksi-aksi di atas..
Sehinggakan Aril dipanggil MONYET oleh peminat-peminat Hafiz. Tak kurang juga yang nak cili muka cikgu Shafiee.. Macam-macam..
Buat peminat-peminat Aril dan Hafiz,
Jika benar pilih kasih berlaku pun, kita tunggu dan lihat sahajalah sejauh mana orang yang dipilih kasih itu boleh pergi. Untuk pelajar yang teraniaya itu, teruslah beri sokongan padanya, dan percayakan bakatnya. Dan ingat, tak semestinya yang akan jadi juara itu akan terus berjaya dalam industri seni Malaysia yang makin malap ini dan tak semestinya yang kalah itu terus kalah selamanya. Ok!

3 comments:

  1. Sy sokong HAFIZ!!!!!

    ReplyDelete
  2. idk guyss. disebabkan aril jd pelajar cemerlang, dia yg disalahkan hafiz tak jd pelajar cemerlang ? come on guysss. bkn aril sndri yg pilih nak jd best student. i pon ada prasan abt attitude tnga prgajar this year. tp tak boley jgk 100% salahkan aril okeyy.

    ReplyDelete
  3. Bila masa Aril dapat anugerah pelajar cemerlang DUA kali ni? Setau aku anugerah pelajar cemerlang mengikut susunan minggu ialah Hafiz, Qhaud, Isma, Akim, dan Aril. Please lah, jgn lah nak timbulkan isu yg remeh camni. Lagi satu, tenaga pengajar bersorak lebih bila Aril dapat kritikan positif pasal dorg feel proud at last hasil usaha mereka, mereka berjaya menaikkan mutu persembahan Aril. Tapi Hafiz tiap2 minggu dapat kritikan Positif, so tak yah lah nak sorak lebih lebih.

    ReplyDelete