Monday, April 13, 2009

Konsert Minggu ke 5

Pengalaman menonton konsert AF tempoh hari secara dekat, adalah satu pengalaman yang tidak beberapa menarik. Pertamanya, kami di arahkan untuk memenuhkan dewan dan duduk di kerusi yang masih banyak kosong sedangkan tiket kami adalah di aras satu, di mana view di situ sangat menarik. Jika anda yang menonton di rumah dan merasakan, Dewan Sri Putra full dengan peminat AF, itu hanyalah kamera trick. Tepat 8.45, masih lagi ada ruang-ruang kosong di dalam dewan.Jadi kami dari aras 1, di arahkan turun dan duduk di bawah untuk memenuhkannya. Dah lah pemandangan tidak clear, terpaksa pula mendongak-dongak. Hingga kini tengkuk kami masih sakit kerana terpaksa mendongak selama dua jam. Demm. Memang benar boleh lihat skrin besar yang berada di kiri-kanan pentas. Tapi kalau sekadar dapat tonton skrin, baik tengok kat rumah saja kannnn..
Kemudiannya, pengalaman tidak menarik kami bertambah lagi apabila kami rupa-rupanya duduk dikalangan penonton yang sangat boring. Penonton yang hanya senyap dari mula konsert hingga akhir konsert. Aduhaii.. Kalau nak duduk tegak saja, baik tengok kat rumah kak ooi.. Bila kami bersorak, bertepuk tangan, kami dipandang dengan pandangan yang seperti kami dah buat satu kesalahan besar. Alahai.. ini bukan Akedemi Al-Quran. Ini Akademi Fantasia lah! Rasa nak sepak jer sekor-sekor!
Setelah sakit hati dengan kedua-dua keadaan tersebut, tambah lagi sakit hati dengan persembahan pelajar-pelajar yang hampeh, syok sendiri, sumbang-mambang dan sebagainya. Mana ntah transformasi. Dari 9 orang yang buat persembahan, ada berapa kerat jer menarik. Yang lain tu, masuk pertandingan karaoke bolehlah..
Tiada satu persembahan pun yang terkesan di hati kami, tiada persembahan pun yang buat kami teringat-ingat sampai balik. Cuma satu jer kami teringat sampai hari ini ialah, kecomelan Adibah Noor. Dia sangat cool!
Sewaktu dia baru tiba dan mahu duduk di kerusi penkritik, penonton di dewan dah bersorak-sorak dan bertepuk-tangan seolah-olah Adibah mahu buat persembahan konsert. Padahal dia baru jer nak duduk kat kerusi tu. Itulah Adibah Noor, disenangi oleh semua orang. Kritikannya pada malam itu pun disenangi, ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sangat profesional. Tiada pun mengutuk,menjatuhkan pelajar (walaupun ada yang buat persembahan standard fun-fair!) atau menyamakan pelajar dengan haiwan dan sebagainya. Adibah memang best lah!


Kak Dibah, kami sayang kamu.

P/S: Elemen kejutan Zul 2by 2 dan anak Claudia, kami tak rasa sangat. Sebab kami dah nampak mereka dulu. Zul yang sudah sedia di mekap dan anak Claudia yang duduk berhampiran kami.. Sangat tidak terkejut ok!

1 comment:

  1. I harap Zizi dapat masuk balik. AFUNDI MASUK ZIZI!!!

    ReplyDelete